Tuesday, October 26, 2010
Allah akan terus menyayangimu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Semoga kita senantiasa dalam berkat dan kasihsayangNya jua. Hari berlalu dan silih berganti namun adakah ketaqwaan kita kepadaNya bertambah teguh agaknya. Tepuk dada dan tanyalah iman. Pasti disitu akan anda temui jawapannya. Mari kita teruskan perjalanan kita dalam permusafiran kita ini sehingga disuatu ketika dimana Allah sahaja yang maha mengetahui samada kita diperhentian yang menguntungkan atau sebaliknya. Apa pun natijah yang terhasil dari tindakan kita tertakluk pada kita jua untuk memilikinya dan yang pasti adalah pemilihan yang sangat tepat terhadap apa jua tindakan kita selanjutnya adalah diatas kebijaksaan kita didalam menghadapi persekitaran. Sekiranya pemilihan tindakan kita itu berlandaskan keilmuan dan keimanan yang telah kita usaha selama ini benar2 pada kesesuaian tempat dan masanya, sudah pasti kitalah yang akan merasai kepuasannya atau pun sebaliknya. Namun kebergantungan kita pada yang maha esa itulah yang akan membawa kita kearah yang sangat2 membahagiakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
