Tuesday, October 25, 2011
Monday, June 20, 2011
Sunday, June 5, 2011
Menggapai Redha Allah
Hidup ini adalah untuk menggapai redha Allah s.w.t maka sepatutnya kita merasa pelik apabila melihat diri kita melakukan sesuatu yang jelas dimurkai Allah s.w.t Proses tarbiyyah itu tidak sama dengan majlis-majlis ugama kerana majlis-majlis agama hanya menyampaikan ilmu dan maklumat, namun proses tarbiyyah membina pribadi yang mampu mengamalkan.
Pemuda dan pemudi yang hidup penuh keseronokan, kemanjaan dan kemewahan, ibarat boneka yang berada ditangan nafsu syahwat, bagaikan mainan ditangan penggoda. Kehidupannya lemas dalam lautan nafsu yang tidak pernah kering sehingga jiwanya tidak mampu membezakan antara kebenaran dan kebatilan.
Manusia sering merasa sedih dengan nikmat yang telah hilang sedang nikmat Allah yang masih banyak ditangan kita sering saja kita abaikan. Kita menangisi masa silam yang suram sedang hari ini yang sedang kita lalui tidak kita hiasi dengan amal yang bermanfaat untuk hari esok.
Pemuda dalam tubuh umat adalah sumber kekuatannya, penyebar kemuliaan, arkitek kehidupannya, peneraju masa depan, kerana mereka memiliki potensi dan kekuatan, memiliki banyak waktu dan keinginan, khususnya para mahasiswa, justru persiapkan kekuatan itu.
Cinta kerana Allah adalah nadi keberhasilan keimanan dan ketaqwaan. Ia lahir daripada kepercayaan, keyakinan, kepasrahan, kebergantungan dan kethiqohan yang luar biasa kepada Allah s.w.t. Tidak salah jika kita menyayangi.....tetapi.....peliharalah sayang itu dengan tidak berkata sesuatu yang boleh menjatuhkan maruahmu sebagai seorang wanita.....tetapi jika sudah terkata.....maka jangan katakannya lagi.....diam sahaja.....kerana diam bukan bererti kau tidak menyimpan sayang terhadapnya.....diam itu bukti cintamu terhadapnya.....Jika benar dia untukmu, Allah akan pelihara rasa itu.....tapi jika bukan, Allah akan menghapuskan rasa cintamu itu kerana ada seseorang yang telah ditakdirkan Allah untukmu yang akan menyayangimu dan menerimamu seadanya.....senyap saja.....agar dirimu tidak dirusakkan oleh hawa nafsumu semata-mata.....serahkan semuanya kepada yang sepatutnya kamu berharap, iaitu kepada Allah s.w.t......berharap kepadaNya adalah lebih baik daripada mengharap kepada yang lain. Biarkan cinta dalam diammu itu menjadi memori yang disimpan kemas dalam hatimu.
Airmata, penderitaan, keperitan, kelelahan tusukan duri ujian dan dugaan kehidupan adalah warna warni dalam meniti sebuah perjuangan.Kehidupan tanpa genggaman perjuangan adalah suatu keaiban. Hiduplah dengan jiwa yang kental dengan roh perjuangan yang nyata dan benar.

Subscribe to:
Posts (Atom)