Tuesday, March 20, 2012

Musyawwarah

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Segala puji bagiMu ya Allah. Selawat serta salam kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Satu perkara yang sering dilupai oleh kita adalah kepentingan mengadakan mesyuarat. Inilah suatu sunnah yang terkadang dilupai oleh kita. Akibatnya, banyak perkara2 yang berlaku telah tidak memberi kesan yang baik kepada kehidupan seterusnya. Paling menyedihkan adalah apabila berlakunya salah menyalahkan antara satu pihak dengan pihak yang lain. Saya ulangi, salah menyalahkan antara satu pihak dengan pihak yang lain. Lagi parah apabila kita merasakan bahawasanya kitalah yang berada dipihak yang benar sedangkan pihak lain adalah salah. Wahai diri, sedarilah bahawa mengamalkan sunnah nabi Muhammad s.a.w akan membawa rahmat dan keredhaan daripada Allah dan mudah diterima oleh pihak lain dengan hati yang lapang. Lakukanlah istighfar berkali-kali dalam setiap detik kehidupan ini. InsyaAllah diri akan senantiasa berada dalam bimbingan Allah. Buatlah musyawwarah dalam apa saja perkara. Saya ulangi, lakukanlah MUSYAWWARAH

Monday, February 20, 2012